$emua orang tahu bahawa kalau meninggalkan shalat adalah perbuatan dosa besar, bahkan orang yang tidak shalat lebih hina daripada Anjing dan babi. Betapa hinanya kita jika meninggalkan shalat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s. Yakni, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tidak mempunyai keturunan, lalu ia mengatakan dalam hatinya “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam”. Lalu Allah SWT-pun mengaruniakan isteri si lelaki tadi kehamilan dan melahirkan anak. Setelah mempunyai anak, lelaki ini-pun ingat dan akan segera minum air kencing anjing hitam sebagaimana yang telah ia katakan dalam hatinya.
$yariat pada zaman Nabi Musa a.s. berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad SAW. Jika umat Nabi Muhammad SAW bernazar benda yang haram, jika dilaksanakan maka akan dikenakan denda (dam) atau sedekah. Tetapi jika zaman Nabi Musa a.s, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap harus dilaksanakan. Kemudian, si lelaki yang baru mendapat anak tersebut, dengan berat hati ia pergi menemui Nabi Musa a.s dan menceritakan segala yang terjadi atas dirinya.
Kemudian, Nabi Musa a.s menjawab bahawa lelaki itu tidak perlu meminum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa a.s memerintahkan lelaki tersebut agar pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan shalat dan meminum air itu. Lelaki itu pun gembira, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa a.s tersebut.
#Lihat dan renungkan, betapa hinanya orang yang meninggalkan shalat, sampai-sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya-pun lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumahnya, belum air tangannya dan air yang jatuh dari sekujur tubuhnya. Oleh karena itu, peliharalah shalat kerana jika kita meninggalkan shalat (kalau tidak ada udzur), air tangan yang menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami bahkan keluarga kita yang akan makan makanan yang dimasak. Tegakah kita membiarkan suami, istri dan anak-anak menjadi gelap hati minum air tangan/ air yang menetes dari tubuh orang yang meninggalkan shalat?
#Ketika Rasulullah SAW nazak, baginda berpesan kepada Saidina Ali r.a (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maksudnya, “Shalat, shalat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..” Maka dari itu, jelaslah bahwa shalat yang dikatakan sebagai tiang agama, dan juga sebagai ibadah yang sangat tinggi nilainya sehingga yang meninggalkannya lebih hina kedudukannya daripada anjing hitam.
0 Response to "MOGA DAPAT JADIKAN PENGAJARAN....KISAH BENAR !!! MANUSIA YANG DINOBATKAN “LEBIH HINA DARIPADA ANJING”"
Posting Komentar