MENYAYAT HATI KISAHNYA... 'Kau Bukan Anak Aku Lagi!'... SILAKAN BACA


$udah berbulan-bulan saya cuba mengelak untuk berjumpa dengan puan yang seorang ini. Demi tuhan, saya tidak selesa dihubunginya berkali-kali. Tetapi dia tetap mendesak saya untuk berjumpa. Katanya dapat minum untuk 10-20 minit pun jadilah. Entah apa yang terjadi pada saya, akhirnya saya bersetuju.

#Kami bersembang di kedai makan berdekatan dengan studio saya. Duduk berdepan, dia hanya banyak tunduk dan dapat dilihat betapa sukarnya dia mahu memulakan perkataan yang datang dari mulutnya. Saya juga berasa agak kurang selesa.

"Akak nak sangat kamu ceritakan pada semua orang tentang apa yang akak lalui ini perlu dijadikan sebagai pengajaran," katanya.

"GULP!" Semakin laju saya menelan air liur sendiri. Saya sendiri juga tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan ini. Lalu saya pun membiarkan dia bercerita.

#Rupanya dia seorang yang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya satu masa dahulu. Anak-anaknya berjaya dan dia bersama suaminya juga amat dikagumi dengan kehidupan mereka yang agak selesa di pandangan mata jiran-jiran.

Kehidupannya berubah 360' beberapa tahun lalu apabila salah seorang anak gadisnya ditemui di dalam bilik dengan tubuh yang tergantung dengan tali di leher menggunakan telekung. Anak yang dia sayang-sayangkan itu telah menamatkan riwayatnya semasa berusia 15 tahun pada ketika itu.

#Suaminya seorang tenaga pengajar, yang mana keputusan peperiksaan anak-anak pastinya mendapat nombor satu dalam kehidupan. Mana-mana anak-anaknya yang tidak 'laju' dalam pembelajaran akan dihantar tuisyen, kelas-kelas khas untuk terus belajar.

$ehinggalah satu tahap, anak-anak mereka sudah mampu membaca dengan lancar di usia empat tahun. Jurangan permainan dan pembelajaran amat besar. Sehingga ke tahap anak-anak tidak mahir bergaul dengan dengan rakan sebaya. Yang mereka pandai hanyalah dengan buku dan alat tulis.

Begitulah pada tahun sekian-sekian, anak gadisnya ini tidak pernah tidak mendapat nombor satu, mendapat nombor dua dalam ujian percubaan walaupun keputusan yang diperoleh semuanya A.

#Tanpa berfikir panjang, dia terus pulang saja ke rumah. Selesai tunaikan solat zohor, dia terus menggantungkan diri. Di saat itu, suasana dalam rumah menjadi kelam kabut. Masing-masing mendengar bunyi dari dalam bilik terus bergegas membuka pintu tetap gagal. Akhirnya mereka terpaksa memecahkan pintu.

Namun, sudah terlambat, jasad gadis itu baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.

"Kenapa perlu gantung diri? Dia solat, dia sudah ambil wudhuk untuk solat, dia sudah solat! Kenapa gantung diri?!" soal saya tidak puas hati dengan hal itu.

#Ibunya terus menangis dan menangis. Orang lain melihat puan ini beria-ria mengelap air mata dan tersangkut-sangkut mahu meneruskan ceritanya.

Kisahnya, pada malam sebelum anak gadisnya ke sekolah, dia ada bertanya pada bapanya.

"Jika ditakdirkan satu hari nanti, Tuhan kata saya tidak pandai dan tidak mampu meraih nombor satu, apa yang ayah akan buat pada saya?" soalnya.

"Kau bukan anak aku lagi!" tegas si ayah.

Saya terus terdiam. Di waktu ini, meskipun puan ini belum lagi bercerita kisah keseluruhannya, saya pula sudah menanggung air mata yang penuh. Hanya tunggu mahu menitis sahaja.

Dari kecil lagi, ayahnya tidak pernah sesekali bermanja-manja dengan anak. Tidak pandai, tidak mahu belajar dan tidak mahu memaksa diri bergaul dengan anak-anak. Yang penting baginya ialah anak-anaknya berjaya dan tahu bagaimana mahu hidup.

#Jika pergi ke kenduri di kampung atau sebagainya, anak-anak lebih suka bermanja-manja dengan bapa-bapa saudara. Mereka lebih suka bercerita dan bergaul kerana mereka jauh lebih mengerti. Anak yang seorang ini kaki meleset, percubaan dia hingga usia 15 tahun untuk bermanja dengan ayahnya tidak pernah berhenti.

Pernah dia menyiapkan kek harijadi untuk ayahnya, akhirnya ayahnya berkata, "Aku tidak pernah meminta, beli lagi bagus. Jangan buang tenaga, pergi belajar!".
#Dia juga pernah menyiapkan sarapan kesukaan ayahnya.

"Kenapa kau nak jadi bibik macam Indon-Indon kah?!" marah ayahnya.

Dan bermacam-macam lagi contoh yang diceritakan oleh puan ini.

Saya memohon untuk pergi ke tandas seketika, tak dapat menahan menangis di saat puan itu memberikan saya gambar anak perempuannya itu. Ya Allah, terus saya sambung menangis dan membasuh muka di sana.

#Di saat anaknya mahu diuruskan pengebumian, ada sedikit pergeseran dengan jiran-jiran. Ada jiran yang mengatakan anak ini bukan lagi muslim.

"Dia bukan lagi orang kita! Kuburnya perlu diletakkan di luar tanah perkuburan!" kata mereka.

Ada juga yang menyokong dan memberi kata dua. Maka pada waktu itulah si ayah melutut dan merayu-rayu agar kisah mereka ini tidak menjadikan darjatnya jatuh tersungkur.

Selesai urusan pengkebumian itu, ayahnya hilang dan hanya pulang selepas hampir dua bulan. Kepulangan suaminya disambut dengan kerinduan yang amat mendalam. Anak-anak yang lain juga berkumpul dan melihat ayah mereka bukan lagi ayah yang dahulu.

Rupa-rupanya dalam tempoh dia menghilangkan diri, dia hanya tinggal di masjid dan hidup seperti gelandangan. Katanya, hampir berpuluh kali dia bermimpikan anaknya yang merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang seperti ular dan mengikat lehernya yang kemudian menggantungnya dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tidak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu.

Perkara itu berlaku berkali-kali dan ia adalah mimpi yang serupa. Sehingga dia pernah berasa takut untuk tidur.

#Kini, dia sedar yang dia tidak dapat menolong anaknya itu. Tetapi dia boleh menolong dirinya sendiri. Dia sudah pandai memeluk anak-anaknya yang lain. Bergurau dengan cucu dan sering mengambil peluang keemasan untuk bergaul dengan anak-anak.

Puan ini berpesan kepada saya, dalam hidup ini kita jangan berlebih-lebih. Boleh tegas tetapi ada hadnya. Apa sahaja yang kita lakukan walaupun berprinsip, jangan berlebih.

Saya mengangguk mendengar pesanannya itu.
Sebelum berpisah, dia memberitahu yang dia datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dengan saya dan mahu memastikan saya menulis kisah mereka ini di Facebook saya agar boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada semua orang.

Setiap apa yang kita sayang, hargailah sebaik-baiknya. Kerana di saat ujian itu datang, belum tentu lagi kita boleh menghadapi ujian itu atau tidak.

#Kawan-kawan yang baik, jujurnya saya tidak selesa dengan perjumpaan seperti ini. Saya takut dan risau ianya tidak berapa baik untuk saya. Mendengar kisah puan ini membuatkan saya sendiri tidak boleh tidur. Sungguh! Betapa wajah anak gadisnya sudah menjadi igauan buat saya. Bertudung litup, wajahnya suci Ya Allah. Tetapi menamatkan kehidupannya dengan cara yang terlarang. Sungguh, dunia hari ini senang sahaja mencipta awal, kemudian diri sendiri mencipta juga pengakhirannya. Semuanya boleh dengan kependekan akal yang kita ada.

Jujurnya juga, memang remaja itu menagih kasih sayang keluarga, ayah dan ibu tetapi dia tidak pernah merasai itu semua sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir. Tinggallah kita yang masih hidup ini dapat mendengar kisah mereka untuk dijadikan sebagai pengajaran. - Khairul Hakimin Muhammad | PIXEL MEDIA

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MENYAYAT HATI KISAHNYA... 'Kau Bukan Anak Aku Lagi!'... SILAKAN BACA"

Posting Komentar